Terdapat 480 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

Kerajaan Teliti Risiko Inflasi Tolakan Kos Susulan Ketegangan Timur Tengah - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti kemungkinan wujud inflasi tolakan kos susulan konflik di Timur Tengah yang telah menyebabkan kenaikan harga minyak dan kos bahan api, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang positif semalaman berikutan kemerosotan harga minyak dan data ekonomi yang menggalakkan meredakan kebimbangan terhadap krisis geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada awal dagangan Khamis, menjejaki peningkatan dalam pasaran lebih meluas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Keputusan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Terhadap Eksport Lemah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap permintaan eksport yang lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Hasil Bon Global Tinggi Tekan Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah Rabu meskipun prestasi niaga hadapan emas COMEX adalah positif, ketika pasaran memantau rapat konflik di Timur Tengah.

Ketegangan Timur Tengah Jejas Pasaran Global, Asas Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh Sebagai Penampan – Ahli Ekonomi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya gangguan laluan tenaga di Selat Hormuz terus menjejaskan pasaran kewangan global apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga dunia.

Ringgit Meningkat Semula, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Dipacu Permintaan Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong permintaan baharu terhadap unit tempatan.

Avocados Australia Meterai Kerjasama Dengan Monash University Malaysia, UOW Malaysia

PETALING JAYA, 4 Mac (Bernama) -- Avocados Australia Ltd iaitu badan industri utama yang mewakili pengusaha avokado Australia memeterai kerjasama dengan Monash University Malaysia dan University of Wollongong (UOW) Malaysia.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau Ketika Ketegangan Geopolitk Meningkat

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Rabu berikutan trend penyusutan di pasaran serantau, dengan Korea Selatan mencatat penurunan ketara berikutan pelabur memberikan reaksi terhadap kesan geopolitik yang semakin meluas.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Konflik AS-Iran

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan sentimen pasaran terjejas oleh konflik geopolitik yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata peniaga.

Kerajaan Pantau Konflik Timur Tengah, Impak Terhadap Perdagangan Malaysia Kecil

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau keadaan konflik yang berlaku di Timur Tengah, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.