BERITA TERKINI   PM Singapura Wong umum perubahan Kabinet dan pelantikan politik lain - PMO | Malaysia tetap pertahan kedaulatan negara sekat kemasukan warga Israel, tidak tunduk gertakan wakil kongres AS- PM Anwar | Pengambilan pelajar matrikulasi tanpa kira kaum, latar belakang sosioekonomi penting bagi pastikan akses pendidikan lebih adil - PM | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 | PH telah buktikan kemampuan urus sumber untuk biayai projek demi manfaat rakyat di Negeri Sembilan - PM Anwar | 

Terdapat 392 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur"

Unit Hextar Industries Peroleh Kontrak EPC Bernilai RM138.4 Juta Di Pulau Indah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Anak syarikat 70 peratus milik Hextar Industries Bhd (HIB), Hextar Mitai Sdn Bhd (HMSB) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) bernilai RM138.42 juta bagi pembangunan perindustrian berskala besar di Pulau Indah, Selangor. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Disokong Permintaan Aset Selamat Berterusan

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh permintaan pelabur yang berterusan terhadap aset selamat dan prestasi itu turut seiring dengan pergerakan pasaran emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Kenaikan Semula Saham Perbankan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat susulan kenaikan semula saham perbankan ketika sentimen pelabur bertambah baik berikutan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan.

SC Pelawa Input Awam Mengenai Cadangan Perkukuh Ekosistem Tadbir Urus Korporat

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan untuk memperkukuh ekosistem tadbir urus korporat Malaysia.

Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd muncul sebagai syarikat senaraian awam (PLC) pertama Malaysia yang berjaya meraih skor tertinggi 5.0 bagi rangka kerja penilaian dan metodologi indeks alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) FTSE4Good.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari, menjejaki peningkatan dalam kebanyakan pasaran serantau berikutan minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi yang terus menyokong pasaran.

Eckem Jangka Permintaan Kukuh Terhadap Bahan Kimia Industrinya Disokong Pertumbuhan Pesat Pusat Data

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Eckem Holdings Bhd menjangka permintaan terhadap bahan kimia industri khususnya kekal berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan pesat pusat data yang dipacu kecerdasan buatan (AI).

Pengukuhan Ringgit Dorong Eksport Malaysia Lebih Kompetitif Di Pasaran Luar Negara - MITI

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pengukuhan ringgit tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara kerana sebahagian besar industri eksport Malaysia turut bergantung kepada input yang diimport, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Terhadap Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur beralih kepada aset selamat, walaupun prestasi yang lebih lemah dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

JS-SEZ Langkaui Pelan Induk, Raih Pelaburan Diluluskan RM76.98 Bilion Pada 2025 -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.

Kerja-kerja Infrastruktur Di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam Siap Sepenuhnya

KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina.