Terdapat 69 berita berdasarkan kata kunci carian " penerbangan"

CAAM Catat Prestasi Tepat Masa Lebih Baik Sepanjang Tempoh Perjalanan Hari Raya

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mencatatkan prestasi tepat masa (OTP) yang stabil dan lebih baik merentasi perjalanan udara di Malaysia ketika tempoh perjalanan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

MPOB Perkukuh Hala Tuju R&D Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpukan pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditengah-tengah ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat.

Airbus Sokong Aspirasi Sarawak Dalam Penerbangan, Berpotensi Jadi Hab Serantau

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Airbus melihat Sarawak mempunyai potensi besar dalam usahanya bukan sahaja sebagai hab penerbangan domestik, malah sebagai hab penerbangan serantau dalam persekitaran perkembangan positif mengenai penubuhan AirBorneo.

Salihin Group Jalin Kerjasama Strategik Untuk Teroka Pasaran Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.

Malaysia, Jepun Perkukuh Kerjasama Strategik Alam Sekitar, REE

PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang alam sekitar, kelayakan karbon dan unsur nadir bumi (REE).

Penumpang AirAsia X Meningkat Kepada 18.9 Juta Dalam Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.

Prospek AirAsia X Kekal Berdaya Tahan Disokong Permintaan Perjalanan, Penjimatan Kos

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Prospek jangka pendek AirAsia X Bhd (AAX) kekal disokong permintaan perjalanan yang berterusan, meskipun pelaksanaan surcaj bahan api baharu bagi menangani lonjakan harga bahan api jet susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kenaikan tambang penerbangan.

Malaysia Airlines Terima Pesawat Boeing 737-8 Baharu, Penghantaran Pertama Bagi 2026

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah menerima sebuah Boeing 737-8 iaitu pesawat ke-15 jenis itu serta penghantaran pertama bagi tahun ini yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Khamis.

Penerbangan Terus Pulau Pinang-Chongqing Perkukuh Kehadiran Pasaran China, Pacu Pertukaran Serantau - Wong

GEORGE TOWN, 9 April (Bernama) -- Penerbangan terus baharu antara Pulau Pinang dan Chongqing menzahirkan usaha strategik negeri itu untuk memperkukuh kehadirannya dalam pasaran China serta meningkatkan lagi kesalinghubungan udara dengan wilayah barat negara itu, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada sektor pelancongan dan pertukaran ekonomi serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi Wall Street semalaman positif.  

IATA Jangka Pemulihan Berperingkat Penerbangan Di Teluk Susulan Kemajuan Terkini Asia Barat

SINGAPURA, 8 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan pemulihan berperingkat industri penerbangan dalam tempoh beberapa bulan, khususnya di rantau Teluk susulan perkembangan terkini konflik di Asia Barat.

Weststar Group Tidak Terjejas Dengan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.