Terdapat 23 berita berdasarkan kata kunci carian " perbankan"

BIMB Investment Lancar Dana Patuh Syariah Sasar Saham Bermodal Kecil

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Baharu Asia Barat

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.

SIRIM Lantik Nik Sazali Nik Hussin Sebagai Presiden Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- SIRIM Bhd melantik Nik Sazali Nik Hussin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Penurunan Saham Telekomunikasi, Perbankan

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah pada Rabu terjejas oleh penurunan dalam sektor telekomunikasi dan perbankan, meskipun prestasi positif di kebanyakan pasaran di Asia.

PKS : Alliance Bank, 99 Speed Mart Tawar Ansuran Sifar Peratus Bagi Belian Pukal

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd telah memeterai kerjasama strategik yang menawarkan pelan pembayaran ansuran sifar peratus bagi belian pukal menerusi platform belian pukal dalam talian 99 Speed Mart iaitu 99 Bulksales.

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih kukuh berikutan belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta kewangan.

Ryt Bank Lancar Ryt Invest, Tawar Pelaburan Patuh Syariah Serendah RM1

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ryt Bank telah melancarkan platform pelaburan dalam aplikasi baharu yang dinamakan, Ryt Invest, pelaburan patut syariah yang pertama kali dibawa oleh sebuah bank digital dengan caj jualan sifar peratus.

Bursa Malaysia Teruskan Penurunan Susulan Ketegangan Geopolitik Semakin Memuncak

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, meneruskan penurunan untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur menjadi semakin berhati-hati terhadap risiko susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Keuntungan Bersih Maybank Catat RM2.48 Bilion Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM2.58 bilion tahun lepas, disokong oleh margin faedah bersih (NIM) lebih baik, pengurusan kos dan kualiti aset berdisiplin dan yuran teras lebih tinggi.

Hong Leong Bank Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM1.03 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM1.03 bilion pada suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM946.70 juta pada suku ketiga 2025.

Bank Di Malaysia, Ekonomi APAC Kurang Terkesan Oleh Kenaikan Harga Tenaga - Moody’s

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank-bank di Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Pasifik (APAC) dijangka kurang terjejas oleh kenaikan harga tenaga, menurut Moody's Ratings.

Singapura Kekalkan Unjuran KDNK 2026 Tumbuh Pada 2.0-4.0 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 25 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka kekal dalam julat 2.0 peratus hingga 4.0 peratus pada 2026 meskipun risiko penurunan adalah ketara susulan impak konflik Asia Barat, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.