Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " perkhidmatan kewangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.

IILM Terbit Sukuk Jangka Pendek US$1.335 Bilion Di Tengah-tengah Turun Naik Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) berjaya menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.335 bilion merentasi lima tempoh, iaitu dua minggu, satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan. 

Krisis Asia Barat Meruncing Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih rendah bagi hari keempat berturut-turut susulan pendirian pelabur yang lebih bertahan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat yang meruncing.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan pasaran terus menilai semula kesan konflik berpanjangan di Asia Barat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka lebih tinggi pada Selasa, seiring kenaikan semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.86 Peratus Ekoran Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan ketidaktentuan berterusan pada peringkat global dijangka dapat dilihat dalam masa terdekat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberikan tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Konflik Asia Barat Jejaskan Sentimen

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Alami Dagangan Secara Berhati-hati Ekoran Konflik Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan, memandangkan bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1,680 hingga 1,740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan, kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Sentimen Berwaspada Ekoran Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati yang berterusan, dengan pelabur mengekalkan kedudukan di luar pasaran ekoran konflik berpanjangan di Asia Barat, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dalam Persekitaran Prestasi Bercampur Serantau

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari, susulan prestasi bercampur-campur di pasaran serantau berikutan ketidakpastian mengenai kesan krisis Asia Barat.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Risiko Asia Barat

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pada Jumaat berikutan pelabur menilai risiko daripada konflik di Asia Barat yang berterusan.