11hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks utama berakhir pada paras terendah harian apabila optimisme terhadap penamatan segera konflik Asia Barat menjadi suram susulan ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pagi ini yang mencetuskan sentimen penghindaran risiko global.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.
12hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring dengan prestasi pasaran serantau, disokong minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter perbankan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.
13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian dalam kaunter penjagaan kesihatan, utiliti dan perbankan.
13hari ago
LABUAN, 31 Mac (Bernama) -- Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) berada pada kedudukan yang baik untuk melengkapkan ekosistem kewangan Malaysia yang lebih luas dan mengukuhkan daya tarikan global negara, kata Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Affendi Rashdi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan beberapa keutamaan untuk tahun 2026 dalam usaha membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.
14hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi sebahagian besar pasaran serantau ketika pelabur mengatur semula pendedahan risiko masing-masing di tengah-tengah lonjakan harga minyak susulan krisis Asia Barat yang kini masuk bulan kedua.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), berkuat kuasa 6 April, 2026, bagi memperkukuh dan memperkuat jajaran kepimpinan kumpulan seiring dengan langkah syarikat memasuki fasa pertumbuhan seterusnya.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi selain seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau.