Terdapat 29 berita berdasarkan kata kunci carian " perlombongan"

RHB Investment Bank Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPI 2026 Pada 4.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd telah mengekalkan unjuran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) 2026 pada 4.9 peratus dengan pertumbuhan tahun ini yang kukuh sebanyak 5.7 peratus menunjukkan potensi peningkatan kepada unjuran semasanya.

Ekonomi Pulau Pinang Kukuh, KDNK Naik 7.3 Peratus Kepada RM130.3 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.

KDNK Sabah Naik 5.1 Peratus, Nilai KDNK Cecah RM88.8 Bilion

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sabah berjaya mencatatkan prestasi ekonomi lebih kukuh pada 2025 apabila keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negeri berkembang sebanyak 5.1 peratus berbanding 1.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Tumpu Aktiviti Bernilai Tinggi Reka Bentuk Litar Bersepadu, Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dalam reka bentuk litar bersepadu sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh industri semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).