BERITA TERKINI   Autonomi strategik ASEAN perlu terus dipertahankan memandangkan prinsipnya semakin diterima meluas melangkaui rantau ini - Mohamad Hasan | ASEAN perlu tumpu usaha pastikan Asia Tenggara bersedia hadapi masa hadapan - Mohamad Hasan | ASEAN telah mencapai kedudukan cemerlang dan mendapat penghormatan di pentas antarabangsa - PM Anwar | AMM ke-58: PM Anwar terima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar, Setiausaha Agung ASEAN | PMCK Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 22.5 sen, naik setengah sen daripada harga IPO dengan 14.39 juta saham didagangkan | 

Terdapat 440 berita berdasarkan kata kunci carian " singapura"

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan jangkaan berkurangan bagi perjanjian perdagangan menjelang tarikh akhir tarif AS yang menjejaskan sentimen pelabur.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan harapan perjanjian perdagangan dapat dicapai menjelang tarikh akhir tarif AS, semakin suram dan menjejaskan sentimen pelabur.

JS-SEZ Berupaya Tingkatkan Bahagian Johor Dalam KDNK Negara Lebih 12 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka melonjakkan bahagian Johor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melebihi 12 peratus menjelang 2023, sekiranya pelaburan yang dirancang menjadi kenyataan mengikut pelan, kata CIMB Investment Bank Bhd.

Strategi Kepelbagaian Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan Depani Risiko Global

Oleh Samantha Tan Chiew Tieng

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Meskipun ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mencetuskan kebimbangan potensi penutupan Selat Hormuz serta gangguan bekalan tenaga global, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh hasil strategi kerajaan yang inklusif dan bersifat jangka panjang.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen yang lebih baik pasaran mata wang pesat membangun dalam persekitaran penurunan mata wang negara maju itu.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

JS-SEZ, RTS Link Rangsang Pasaran Hartanah Johor

JOHOR BAHRU, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran hartanah Johor dijangka memasuki fasa pertumbuhan baharu susulan pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan pembangunan berterusan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen serantau yang bertambah baik.

Penerbangan Terus Phnom Penh-P.Pinang Perkukuh Hubungan Dagangan ASEAN- MAHB

GEORGE TOWN, 30 Jun (Bernama) -- Penerbangan terus baharu bagi laluan Phnom Penh ke Pulau Pinang oleh syarikat penerbangan Cambodia Airways dilihat sejajar dengan ASEAN Connectivity Master Plan 2025, sekali gus mengukuhkan komitmen Malaysia ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam.

PM Anwar Akan Bertemu 36 Syarikat Itali, Termasuk MNC Di Rom

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu para pemimpin industri daripada 36 syarikat Itali, termasuk syarikat multinasional (MNC) seperti Leonardo SpA, STMicroelectronics dan Ferrero semasa lawatan kerja sulung beliau ke Rom, Itali.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan minggu lepas, dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan jangkaan pengurangan cukai dan perbelanjaan yang sedang dipertimbangkan di Senat Amerika Syarikat (AS).