Terdapat 60 berita berdasarkan kata kunci carian " tahun kewangan"

Unit Gadang Beli Tanah Pegangan Bebas Di Johor Bahru Bernilai RM75.48 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Subsidiari tidak langsung milik penuh Gadang Holdings Bhd, City Version Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Tanahmas Kapital Sdn Bhd untuk memperoleh 4.52 hektar (11.18 ekar) tanah di Johor Bahru pada harga RM75.48 juta.

Unit MHB Peroleh Kontrak EPC Untuk Platform Reka Bentuk Medan Marginal

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) memperoleh kontrak perjanjian harga untuk kerja kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) platform reka bentuk medan marginal (MFDP).

Penutupan Selat Hormuz Dijangka Hadkan Bekalan Minyak Mentah Dan LNG

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Penutupan sementara atau sekatan di Selat Hormuz dijangka menghadkan bekalan sekali gus meningkatkan harga minyak mentah global dan gas asli cecair (LNG), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.

Strategi Aset, Pelaburan Antarabangsa Pacu Dividen KWSP Kekal Kompetitif - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengagihan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka kekal kompetitif bagi 2026 berbanding tahun lepas, dipacu oleh strategi dan peruntukan aset dana simpanan persaraan itu, kata Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Ahmed Razman.

Petronas Catat Untung Bersih RM45.4 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd turun 18 peratus kepada RM45.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM55.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

Keuntungan Bersih Tune Protect Melonjak Kepada RM26.45 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Tune Protect Group Bhd menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak sebanyak RM26.45 juta pada tahun kewangan 2025 berbanding RM572,000 yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan Dan Pendapatan Tahun Kewangan 2025 KPJ Healthcare Melonjak

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd melonjak kepada RM365.92 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 daripada RM353.81 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.

TH Plantations Catat Peningkatan Untung Bersih Kepada RM107.49 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM107.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM75.17 juta pada tahun sebelumnya.

DRB-HICOM Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Kepada RM397.97 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Konglomerat DRB-HICOM Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM397.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM22.55 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.

CIMB Niaga Catat Untung Sebelum Cukai IDR8.8 Trilion Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- PT Bank CIMB Niaga Tbk mencatatkan untung sebelum cukai sebanyak IDR8.8 trilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025, dengan pendapatan sesaham berjumlah IDR273.53, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan berterusan bank itu. (1 juta rupiah = RM231.2)

AirAsia X Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM191.75 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM191.75 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM229.14 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan Bersih Press Metal Aluminium Naik 19 Peratus Kepada RM2.10 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd meningkat kepada RM2.10 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 daripada RM1.76 bilion pada tahun kewangan 2024, peningkatan 19 peratus didorong oleh prestasi tahun ke tahun yang lebih kukuh.