2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023, dipacu oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk akaun syariah bagi 2024 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion menjadi bukti pelaburan patuh syariah itu mempunyai potensi kukuh dalam menghasilkan pulangan, kata seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd (THP) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM75.18 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM46.62 juta pada tahun sebelumnya, berikutan meningkatnya keuntungan dalam operasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu IHH Healthcare Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 menyusut kepada RM2.66 bilion daripada RM2.95 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) pada Januari 2025 menyusut sebanyak 40 peratus kepada 48,372 unit berbanding 81,735 unit pada Disember 2024, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.