Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " teluk"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.

Pemulihan Penghantaran Ambil Masa, Pelabuhan Malaysia Sedia Atasi Lambakan Di Selat Hormuz

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pelabuhan, syarikat perkapalan dan pemilik kargo kini menghadapi tugas berat untuk memulihkan rantaian bekalan global dan menyelesaikan lambakan kapal dan kargo yang terkumpul di Selat Hormuz dan sekitarnya susulan konflik yang berlaku sejak beberapa bulan.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus - Ahli Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.

Permintaan Global Kargo Udara Meningkat 6.0 Peratus Pada Mei 2026 – IATA

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan global bagi kargo udara, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer meningkat 6.0 peratus pada Mei 2026 berbanding paras Mei 2025 (6.5 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pelabur Positif, Lonjakan FDI

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkat dengan dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen pelabur yang lebih baik selepas data menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion pada 2025.

Minyak Dijangka Diniagakan Antara US$65 Hingga US$80 Setong Bagi Tempoh 6-12 Bulan

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak dijangka bergerak dalam lingkungan US$65 hingga US$80 setong bagi tempoh enam hingga 12 bulan akan datang susulan ketidaktentuan berterusan berhubung rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang penganalisis veteran pasaran minyak.

FTA Malaysia-Bangladesh Disasar Dimuktamadkan Pada 2027

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perjanjian perdagangan bebas (FTA) Malaysia-Bangladesh (MBFTA) disasar dapat dimuktamadkan pada 2027 sebagai satu perjanjian yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua negara, komprehensif serta berpandangan masa depan yang memaparkan amalan perdagangan global semasa.

Pasaran Getah Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun pada minggu depan selepas ketegangan geopolitik mula mereda dan keadaan bekalan yang bercampur-campur membentuk sentimen, kata pakar industri Denis Low.

Uzbekistan Kukuh Kawal Selia Kewangan Islam Dengan Bantuan Universiti INCEIF

Oleh Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 16 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang mengukuhkan rangka kerja kawal selia kewangan Islamnya dengan bantuan pakar dari Universiti INCEIF Malaysia dalam bidang seperti sekuriti sukuk, pelesenan kewangan Islam, tadbir urus Syariah dan ekosistem kawal selia yang komprehensif sebagai sebahagian daripada peringkat ketiga pembangunan industrinya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.