2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- OPPO hari ini melancarkan Siri Reno16 di Malaysia, dengan memperkenalkan rangkaian telefon pintar baharu yang menampilkan fotografi berkuasa kecerdasan buatan (AI), alat penyuntingan kreatif dan reka bentuk baharu, bertujuan memperkukuh penciptaan kandungan bagi pengguna.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Seiring dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas dalam sektor kewangan, masa depan industri itu memerlukan keseimbangan antara pertimbangan manusia dan kecerdasan mesin berteraskan kepimpinan beretika, kebertanggungjawaban dan budaya inovasi yang bertanggungjawab.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan sedang memperkemas dasar dan insentif bagi mempercepat pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) termasuk meluaskan kemudahan pengecasan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
2bulan ago
SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- OSK Property hari ini melancarkan TAMU @ OSK Mori Park, fasa ketiga pembangunan berorientasikan transit (TOD) berkonsep induk syarikat itu di Seksyen 13, sekali gus mengukuhkan pemangkin pertumbuhan bandar Shah Alam.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 7 (Bernama) -- Bekalan minyak mentah untuk pengeluaran perindustrian termasuk resin, masih terkawal, bagaimanapun industri sedang melaksanakan penyesuaian dalam operasi bagi menghadapi peningkatan kos, menurut Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan terus memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026, menurut Kementerian Ekonomi.
2bulan ago
HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- MCE Holdings Bhd (MCE) hari ini secara rasmi melancarkan MCE Auto Hub, kemudahan pembuatan termaju bernilai RM50 juta di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, Serendah, yang akan memperkukuh keupayaan reka bentuk, kejuruteraan, pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan kumpulan itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tamco, penyedia penyelesaian infrastruktur tenaga terkemuka dan Hoymiles, inovator global dalam bidang penstoran tenaga serta solar, hari ini menjalin kerjasama strategik untuk menyokong pembangunan infrastruktur tenaga masa depan Malaysia.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), disokong prestasi sektor luaran yang berdaya tahan, permintaan domestik yang sederhana dan risiko inflasi boleh diurus, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
HULU SELANGOR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan kini dalam proses merombak skim Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) bagi industri automotif yang disasarkan untuk dilaksanakan pada tahun depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Jun, 2026 daripada US$130.5 bilion yang dicatatkan pada 15 Jun, 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membekalkan elektrik kepada 36 pusat data yang beroperasi dengan kapasiti perancangan bekalan sekitar 4.5 gigawatt (GW) sehingga suku pertama 2026, menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).