8minit ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd, unit di bawah MMC Corporation Bhd mengambil langkah penting dalam memperkukuh keselamatan tenaga Malaysia melalui pemeteraian perjanjian pembangunan bersama dengan Tokyo Gas Co Ltd dan VTTI BV bagi cadangan pembangunan terminal regasifikasi gas asli cecair (LNG) (RGT) di Yan, Kedah.
19minit ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan kredit di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara akan kekal stabil bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang walaupun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan kualiti kredit bagi sebahagian syarikat yang dinilai selain berdepan ketidakpadanan struktur mata wang.
35minit ago
TOKYO, 8 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- SIRIM Bhd melantik Nik Sazali Nik Hussin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 6.5 sen seunit selepas dagangan sekuritinya disambung semula pada 10 pagi hari ini.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Smith meletak jawatan selepas menerajui syarikat itu selama enam tahun, berkuat kuasa 7 Jun, 2026.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS pada dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas data pasaran tenaga kerja AS lebih baik daripada jangkaan.