Pelaburan Digital MDEC Cecah RM87.4 Bilion Pada 2025, Dipacu Perkembangan AI
PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih pelaburan digital diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2025, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), data raya, pusat data dan perkhidmatan awan.