39minit ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kewibawaan dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur asing, khususnya dari Jepun terhadap prospek ekonomi negara semasa lawatan rasmi beliau ke negara itu, kata Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.
1jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menyusut sebanyak 8.8 peratus kepada 18,515 tan pada April 2026 daripada 20,310 tan pada Mac 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Wastech Group Sdn Bhd merancang menubuhkan kilang salutan baja pelepasan terkawal di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha meletakkan negara sebagai hab teknologi baja termaju serantau.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 memberikan limpahan manfaat kepada Malaysia terutama dalam sektor perdagangan digital, penggunaan media, pembayaran, logistik dan perniagaan rentas sempadan, kata ahli perbankan terkemuka.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama lain hari ini, namun menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas data inflasi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh lebih lama.
17jam ago
SEPANG, 10 Jun (Bernama) -- Stesen pengecasan ultra pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di lapangan terbang di Malaysia bakal dibangunkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur mobiliti hijau negara.
18jam ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun hari ini bersetuju untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga dan tenaga nuklear awam ketika kedua-dua negara berusaha meningkatkan daya tahan menghadapi gangguan bekalan global dan ketidaktentuan geopolitik yang semakin memuncak.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Industri takaful Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.73 peratus sekali gus membawa jumlah sumbangan kasar kepada RM16.38 bilion, menurut Persatuan Takaful Malaysia.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia Sdn Bhd mengumumkan beberapa pelantikan kepimpinan strategik sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh komitmen jangka masa panjang terhadap pasaran Malaysia di samping menyokong fasa pengembangan perniagaan seterusnya, usaha penyetempatan dan peningkatan pembuatan.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- HRX di bawah IFCA MSC Bhd melancarkan inisiatif baharu yang menumpukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu majikan di Malaysia mengurus gaji dengan tepat, obligasi berkanun, tenaga kerja beroperasi lebih mudah dan mematuhi peraturan.