Syarikat Terkemuka Komited Capai Sifar Sisa Ke Tapak Pelupusan Pada SAC 2025
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sepuluh syarikat Malaysia meneraju usaha mencapai matlamat ekonomi kitaran negara dengan menandatangani Ikrar Sifar Sisa ke Tapak Pelupusan (ZWTL), satu inisiatif oleh Control Union Malaysia yang bertujuan menggalakkan pengurusan sisa dan pemulihan sumber secara bertanggungjawab di seluruh sektor perindustrian negara.