Terdapat 51 berita berdasarkan kata kunci carian " bnm"

BNM Optimis Malaysia Terus Terima Aliran Masuk FDI Pada 2026 

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) optimis Malaysia akan terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil pada 2026.

BNM Jangka Pertumbuhan KDNK 2025 Berada Pada Jajaran Atas Julat Unjuran

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Usaha Rintis Inisiatif Reset BNM Bermula 2026, Tangani Inflasi Perubatan -- Gabenor

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) – Cadangan produk asas insurans/takaful perubatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses untuk dimuktamadkan tahun ini, termasuk melibatkan pelaksanaan usaha rintis bermula tahun depan yang menjadi antara strategi menangani inflasi perubatan serta peningkatan premium insurans.

Ringgit Naik 8.2 Peratus Berbanding Dolar AS Setakat 12 Nov - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit pada amnya stabil berbanding dolar AS dengan sedikit penambahan nilai sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025 dan meningkat 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 Nov 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Kadar OPR Semasa Pada 2.75 Peratus Masih Wajar, Menyokong Ekonomi Malaysia - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kadar dasar semalaman (OPR) semasa pada 2.75 peratus masih wajar dan menyokong pertumbuhan memandangkan keadaan ekonomi Malaysia dan inflasi yang stabil, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kementerian Kewangan Lantik Ahmad Hizzad Baharuddin Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) melantik Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin sebagai Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) bagi tempoh dua tahun mulai 15 Nov, 2025 hingga 14 Nov, 2027.

Semakan Dasar FTFC BNM Jamin Urusan Lebih Adil Bagi Pengguna Kewangan

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Dokumen Dasar bagi Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan (FTFC) yang disemak akan membolehkan penyedia perkhidmatan kewangan (PPK) mengambil tindakan sesuai untuk memahami pengguna rentan dengan lebih baik serta memberikan bantuan diperlukan, kata jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM: Pembaharuan Struktur Berjalan Mengikut Jadual, Perlindungan Sosial, Pasaran Buruh Perlu Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mencapai kemajuan yang munasabah dalam melaksanakan pembaharuan strategik dan struktur untuk mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ringgit Melonjak Kepada Paras 4.16 Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan prestasinya yang kukuh dengan dibuka tinggi dan mencecah paras 4.16 berbanding dolar AS pada Isnin disokong oleh minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu.

Sektor Perbankan Percepat Penggunaan AI Untuk Pematuhan Etika Yang Lebih Bijak

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia sedang mempercepatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk memantapkan pematuhan, pengurusan risiko dan pengesanan penipuan.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.8 Bilion Setakat 31 Okt

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding US$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025.