Terdapat 136 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan ketidakpastian luaran sambil memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan serta perkembangan mengenai gencatan senjata Israel-Iran yang masih belum stabil.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah Lebih Lemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan harga minyak mentah yang lemah berikutan ketegangan Asia Barat yang semakin mereda sekali gus menyokong sentimen pasaran.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan prestasi pendasar di pasaran tunai.

KWSP, PNB, KWAP Akan Peruntuk Modal Untuk Menyokong Prinsip MY Value Up - TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan memperuntukkan sebahagian daripada modal mereka untuk menyokong syarikat yang memaparkan komitmen tinggi terhadap penciptaan nilai dan melaksanakan prinsip “MY Value Up.”

MY Value-Up Ubah Fokus Lembaga Pengarah Kepada Penciptaan Nilai Jangka Panjang -- SC

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Inisiatif MY Value-Up Malaysia sedang diperkenalkan untuk membentuk semula keutamaan bilik lembaga bagi merangsang syarikat menerangkan strategi mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan prestasi dan persepsi pelabur terhadap cadangan nilai jangka panjang mereka.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali ke zon positif pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian dalam kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih.

Sime Darby Property Lancar Dana RM1.25 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data, Logistik

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) melancarkan dana pembangunan hartanah bernilai RM1.25 bilion dikenali sebagai New Economy Venture (NEV) bagi melabur dalam projek pusat data berkonsepkan bina mengikut keperluan penyewa dan untuk disewa serta pembangunan perindustrian dan logistik dalam rangkaian perbandaran utama syarikat itu di Malaysia.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Tanco Holdings

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) untuk Tanco Holdings Bhd bagi baki hari ini selepas saham tersebut melanggar had harganya.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Kebimbangan Perkembangan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.06 peratus meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Mentah, Minyak Soya Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan minyak soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

IPO Sum Technology Terlebih Langganan 110.54 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) firma perkhidmatan kejuruteraan Sum Technology Bhd (Sum Technology) terlebih langganan sebanyak 110.54 kali ganda menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 18 Jun 2026.