Kemudahan Berpusat Proton Di Tanjong Malim Lonjak Kapasiti, Kalis Masa Depan
Oleh Zairina Zainudin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan Proton Holdings Bhd untuk menumpukan kemudahan pengeluaran berpusat di Tanjong Malim, Perak, adalah langkah strategik bagi merasionalisasi, mengurangkan kos, meningkatkan kualiti serta beralih kepada teknologi baharu selepas membuat pelaburan sebanyak RM253 juta bagi fasiliti stamping di kawasan itu.