10minit ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Danni Haizal Donald
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada hari ini, sekali gus menamatkan penyusutan selama dua hari berturut-turut dan seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lebih positif.
13jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) pada Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh jangkaan eksport yang lebih kukuh dalam minggu-minggu akan datang.
13jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan permintaan lebih baik di tengah-tengah laporan terkini pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS), mengikut seorang peniaga.
14jam ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila sentimen pasaran melemah berikutan pelarasan dasar tarif timbal balik terbaharu oleh AS, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.
16jam ago
Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menongkah aliran meningkat pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati susulan kebimbangan terkini terhadap tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengadakan sidang media berkenaan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
19jam ago
KOTA KINABALU, 8 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah menerima pelaburan bernilai RM35.38 bilion melibatkan 420 projek sepanjang 2021 hingga 2024, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa, berikutan penjualan sederhana di kaunter berwajaran tinggi didahului sektor kewangan serta produk dan perkhidmatan perindustrian.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya dibuka rendah pada Selasa.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa menjejaki prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman, berikutan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas 14 negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos, 2025.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan pengeluaran yang melemah.