3hari ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Kesambungan penerbangan yang lebih baik dan usaha promosi di peringkat global lebih giat akan merancakkan pembangunan pelancongan Labuan, kata penggiat industri pelancongan pulau ini.
4hari ago
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan Dana Pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi membantu teknologi tempatan yang telah dibangunkan untuk digunakan dan dipasarkan secara lebih meluas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Firma teknologi kewangan (fintech) dan data risikan, One Strategy Group Sdn Bhd melancarkan One Credit -- platform bersepadu khusus bagi pengurusan risiko, kenali pelanggan anda (KYC) dan penajajaminan kredit.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangka lebih banyak pelaburan berteraskan kualiti akan menjana manfaat limpahan yang bermakna kepada ekonomi Malaysia di bawah Kerangka Insentif Baharu (NIF).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- My Digital ID Sdn Bhd menyasarkan 17 juta akaun MyDigital ID didaftarkan menjelang hujung tahun ini, selari dengan peningkatan penggunaan identiti digital dalam kalangan rakyat Malaysia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 kini sebagai pemacu utama peralihan Malaysia daripada pembuatan berasaskan volum kepada ekonomi bernilai tinggi yang lebih dipacu inovasi, menurut peserta industri.
6hari ago
KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sebahagian besarnya masih terlindung daripada kesan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh pendedahan perdagangannya yang terhad kepada pasaran As, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Ruslan Abdul Ghani.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyambut baik Kajian Pasaran Ekonomi Digital Malaysia yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang menyediakan penilaian berasaskan bukti mengenai persaingan dalam subsektor utama.
6hari ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
MANAMA, 11 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) sedang memajukan strategi pengembangan globalnya dengan meletakkan Bahrain sebagai hab strategik untuk mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital (DAIH) menerima penyertaan tiga inisiatif bagi menguji aplikasi sebenar yang melibatkan stablecoin ringgit dan deposit token pada 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2026, yang bertemakan “Beyond Limits”, akan diadakan dari 10 hingga 12 November, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).