12jam ago
SHAH ALAM, 13 April (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) mengetuai 10 syarikat pemula niaga Malaysia ke Taipei dan Kaohsiung, Taiwan, sebagai sebahagian daripada penyertaannya dalam Ekspo dan Sidang Kemuncak Bandar Pintar (SCSE) 2026.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang giat melaksanakan pelan hala tuju untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 70 peratus menjelang 2050, kata Ketua Pegawai Kelestariannya Leo Pui Yong.
1hari ago
IPOH, 12 April (Bernama) -- GGR Motor Group (GGR Motor) menyasarkan jualan sekurang-kurangnya 3,000 unit motosikal elektrik (EV) sebulan sebagai sasaran minimum untuk tahun ini, sejajar dengan peningkatan kapasiti pengeluaran dan pengembangan rangkaian pengedaran.
1hari ago
JOHOR BAHRU, 12 April (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor perlu memperhalusi strategi ekonomi rentas sempadan serta memperkukuh kejelasan dasar bagi menangani cabaran aliran keluar tenaga kerja mahir menjelang pengoperasian perkhidmatan Sistem Transit Rapid (RTS) Link pada awal tahun depan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran bagi perdagangan pengedaran tahun ini pada 6.1 peratus, walaupun risiko negatif akibat krisis tenaga yang berterusan mungkin mendorong semakan turun terhadap unjuran itu.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.7 peratus tahun ke tahun, sejajar dengan julat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) antara 4.0 hingga 5.0 peratus.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
5hari ago
LABUAN, 8 April (Bernama) -- Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh untuk menangani cabaran ekonomi yang menjejaskan penggiat industri di Labuan.
5hari ago
JAKARTA, 8 April (Bernama) -- Usaha Indonesia untuk menjadikan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) sebagai enjin baharu bagi pertumbuhan dijangka menyokong pengembangan platform seperti Grab, dengan kerajaan menyediakan 15,000 bakat sedia AI tahun ini.
6hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Peningkatan kos import petroleum dan gangguan logistik global ekoran konflik Asia Barat yang mengancam kadar inflasi serta kestabilan fiskal jangka panjang negara menjadi peringatan bagi Malaysia untuk memperkukuh kedaulatan tenaga melalui kepelbagaian sumber tempatan.