Terdapat 57 berita berdasarkan kata kunci carian " fbm klci"

Rakuten Trade Semak Turun Sasaran FBM KLCI 2026 Kepada 1,770 Susulan Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Rakuten Trade menyemak semula sasaran 2026 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,770 daripada 1,800 sebelum ini berikutan ketidaktentuan pasaran yang berterusan.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Peningkatan Selera Risiko

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif hari ini apabila selera risiko pelabur bertambah baik susulan pemulihan kukuh Wall Street semalaman.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Khamis.

Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi pasaran tunai asas yang diniagakan meningkat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan ketidakpastian luaran sambil memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan serta perkembangan mengenai gencatan senjata Israel-Iran yang masih belum stabil.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Asia Barat, Jualan Saham Teknologi Jejas Pasaran Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.

BIMB Investment Lancar Dana Patuh Syariah Sasar Saham Bermodal Kecil

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.