Malaysia Catat Lebihan Imbangan Akaun Semasa Berjumlah RM16.7 Bilion Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).