Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " inventori minyak"

Harga MSM Dijangka Kukuh Didorong Permintaan Biodiesel Global 

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka disokong oleh faktor permintaan yang menggalakkan seperti langkah meningkatkan mandat campuran seperti diumumkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat, kata CGS International Malaysia Sdn Bhd.

Krisis Tenaga Global Tingkat Daya Tarikan Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran Asia -- Noraini 

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.

Inventori Minyak Sawit Dijangka Lebih Rendah Pada Suku Kedua, Dipacu Eksport Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 13 April  (Bernama) -- Inventori minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencatatkan penurunan pada suku kedua tahun ini susulan permintaan eksport yang lebih tinggi apabila pembeli meningkatkan pegangan stok berikutan ketidaktentuan situasi gencatan senjata di Asia Barat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Minggu Ini Susulan Sentimen Pasaran Menurun

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah setelah pasaran mencerna data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menunjukkan sentimen menurun.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan Susulan Kenaikan Harga Tenaga

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan susulan konflik di Asia Barat.

Penutupan Selat Hormuz Dorong Inventori Minyak Teluk Hampiri Paras Maksimum

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penutupan berterusan Selat Hormuz susulan peningkatan ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran menyebabkan inventori minyak negara Teluk menghampiri paras kapasiti maksimum, sekali gus menimbulkan cabaran operasi besar kepada loji penapisan di rantau itu.

Inventori Minyak Sawit Malaysia Susut 3.94 Peratus Kepada 2.7 Juta Tan Pada Februari

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Inventori minyak sawit alaysia susut 3.94 peratus atau 111,062 tan metrik kepada 2.7 juta tan metrik pada Februari 2026 berbanding 2.82 juta tan metrik yang dicatatkan pada sebulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).