Mesyuarat FOMC AS Dijangka Pengaruhi Dagangan Ringgit Minggu Depan
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diadakan pada 16 dan 17 Jun dijangka mendorong ringgit diniagakan secara berhati-hati minggu depan.