Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " kementerian kewangan"

Disiplin Fiskal Lebih Kukuh Pemangkin Pelaburan Bernilai Tinggi - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu terus memperkukuh disiplin fiskal, menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, menyokong perniagaan, melindungi rakyat dan meletakkan negara pada kedudukan untuk meraih pelaburan dan pertumbuhan bernilai lebih tinggi, kata Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tumpuan Kekal Pada Perbelanjaan Pembangunan Dalam Belanjawan 2027 - Akmal Nasrullah 

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan terus memberi fokus kepada pembelanjaan pembangunan dalam Belanjawan 2027 yang dijangka dibentangkan pada Oktober ini, kata Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Gangguan Tenaga Boleh Jejas Sektor Makanan, Bekalan Perubatan Dan Pembuatan - Hassan Marican

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Pendekatan Pelbagaikan Sumber Perkukuh Ketahanan Bekalan Tenaga Negara - Amir Hamzah

PETALING JAYA, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan menggunakan pendekatan good risk management dengan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga bagi memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Sime Darby Melonjak Kepada RM654 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Sarawak Unjur Kutipan Hasil Capai RM13 Bilion Pada 2026 - Timbalan Premier

KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Sarawak mengunjurkan kutipan hasil sebanyak RM13.04 bilion pada tahun ini, kata Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

NIF Akan Menyokong, Mengutamakan Matlamat Ekonomi Jangka Panjang Malaysia - MIDA

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) mencerminkan peralihan yang lebih luas ke arah menggalakkan pelaburan yang menyumbang lebih bermakna demi keutamaan ekonomi jangka panjang Malaysia, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

PKS Digesa Tingkat Keupayaan, Terap Piawaian ESG Di Bawah NIF

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia perlu meningkatkan keupayaan serta menyesuaikan diri dengan persaingan global dan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat di bawah Rangka Kerja Insentif Baharu (NIF) bagi memastikan mereka terus kekal dalam rantaian bekalan global, kata seorang ahli ekonomi.