15jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Unit Taghill Holdings Bhd, iaitu Taghill Projects Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Exsim MX4 Sdn Bhd berjumlah RM133 juta untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi D'Evia @ Kwasa Damansara (Pakej 2) di Shah Alam, Selangor.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM539.32 juta daripada BRDB Developments Sdn Bhd untuk melaksanakan projek pembangunan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
2hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Lebih dua dekad selepas bergelar pemandu Asia pertama merangkul juara Kejohanan Rali Dunia FIA (PWRC), legenda rali negara Karamjit Singh masih gigih meneruskan minatnya sebagai pelumba.
3hari ago
KUALA SELANGOR, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya Worldwide Holdings Bhd (Worldwide) melabur kira-kira RM2 bilion untuk membangunkan tiga loji Sisa-ke-Tenaga (WTE) sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang mempertingkatkan pengurusan sisa pepejal secara mampan.
3hari ago
BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Galatek Technologies (Galatek) membuka kemudahan pembuatan, pemasangan serta penghantarannya di Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran maju.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pengeluar biojisim, Weng Yat Resources Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Daya Synergy Borneo Co Ltd (DSB) yang berpangkalan di Jepun awal hari ini untuk mewujudkan platform bekalan biojisim untuk Jepun dengan penghantaran komersial dijangka bermula awal tahun depan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Wastech Group Sdn Bhd merancang menubuhkan kilang salutan baja pelepasan terkawal di Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha meletakkan negara sebagai hab teknologi baja termaju serantau.
5hari ago
SEPANG, 10 Jun (Bernama) -- Stesen pengecasan ultra pantas kenderaan elektrik (EV) pertama di lapangan terbang di Malaysia bakal dibangunkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur mobiliti hijau negara.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Jerayawara China 2026 oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) berjaya menghasilkan sejumlah 127 petunjuk perniagaan yang layak, dengan anggaran impak ekonomi (EEI) bernilai RM95 juta.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Projek-projek pusat data dijangka kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama untuk sektor pembinaan Malaysia, disokong oleh pengembangan hiperskala, pelaburan yang semakin meningkat dalam infrastruktur digital dan lonjakan keperluan tenaga, menurut MBSB Bank Investment Bhd (MBSB IB).