Terdapat 40 berita berdasarkan kata kunci carian " labuan"

Harga Runcit RON95 Kekal, RON97 Naik Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.

AirAsia Batal, Jadualkan Semula Penerbangan Susulan Letusan Gunung Lewotobi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia Group Bhd telah mengumumkan gangguan penerbangan masuk dan terbang dari Bali, Lombok serta Labuan Bajo berikutan letusan Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara, Indonesia.

Megah Port Pacu Pertumbuhan Ekonomi Labuan Menerusi Inisiatif Maritim Strategik

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Labuan menerusi kerjasama startegik bagi mengukuhkan sistem logistik, mengembangkan aktiviti pemunggahan kapal-kapal antarabangsa, dan membuka peluang pelaburan dalam rantaian bekalan maritim.

Hotel Utama Labuan Tawar Harga Bilik Istimewa Untuk Festival Flora Borneo Bulan Depan

LABUAN, 12 Jun (Bernama) -- Hotel utama di seluruh pulau bebas cukai ini menawarkan kadar harga bilik istimewa sebagai sokongan kepada Festival Flora Borneo (BFF) yang julung kali diadakan dari 26 hingga 30 Julai di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal Bagi Tempoh 12 Hingga 18 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

Harga Runcit RON97 Dan Diesel Di Semenanjung Turun 3 Sen

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Tujuh Negeri Catat Pertumbuhan Dagangan Positif, Sumbang RM219.4 Bilion Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah dagangan bagi tujuh negeri mencatat pertumbuhan positif iaitu mencecah RM219.4 bilion pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sentimen Perniagaan Malaysia Kekal Optimis Pada Suku Kedua, Dicerminkan Petunjuk Keyakinan Positif 2.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sentimen perniagaan Malaysia kekal optimistik pada suku kedua 2025, dicerminkan oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 2.0 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 81.8 Peratus Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kapasiti penggunaan industri pembuatan Malaysia mencapai 81.8 peratus pada suku pertama 2025, meningkat sebanyak 1.0 mata peratus daripada 80.8 peratus berbanding suku sama pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Syarikat Perikanan Berpangkalan Di Labuan Teroka Industri Tuna Global

LABUAN, 21 Mei (Bernama) -- Sebuah syarikat perikanan yang berpangkalan di Labuan, Vivendi Asset Sdn Bhd muncul sebagai pemain utama dalam pasaran global tuna dan makanan laut, meskipun masih kurang dikenali di peringkat tempatan.

PinC Technology, UMS Anjur Pertandingan Teknologi Dan Maritim Untuk Mahasiswa

LABUAN, 21 Mei (Bernama) -- PinC Technology Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bekerjasama melancarkan inisiatif bersama untuk menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan selama empat bulan yang melibatkan industri marin.

Syarikat Perikanan Berpangkalan Di Labuan Teroka Industri Tuna Global

LABUAN, 21 Mei (Bernama) -- Sebuah syarikat perikanan yang berpangkalan di Labuan, Vivendi Asset Sdn Bhd muncul sebagai pemain utama dalam pasaran global tuna dan makanan laut, meskipun masih kurang dikenali di peringkat tempatan.