Terdapat 6 berita berdasarkan kata kunci carian " litar antarabangsa sepang"

Hasrat Malaysia Anjur Kembali F1 Perlukan Lebih Daripada Sekadar Mengisi Slot Perlumbaan

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pada hari sesi kelayakan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Singapura 9 Okt lepas, penulis menaiki MRT dari Nicoll Highway ke Promenade menghala ke Gate 2,  menuju ke kawasan paddock sokongan siri perlumbaan GT Porsche ARbox Carrera Cup Asia untuk bertemu dengan pemandu Malaysia Naquib Azlan.

Menyuntik Kejayaan Luar Biasa Formula 1 Ke Dalam Belanjawan 2027

Oleh M. Saraswathi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ketika rakyat Malaysia masih merasai bahang kehangatan kembalinya Formula 1 (F1) ke Sepang selepas sembilan tahun tidak beraksi, sewajarnya Belanjawan 2027 turut dirangka mengikut acuan yang sama yang mampu menjana limpahan serta impak lebih meluas kepada rakyat, terutamanya memandangkan Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-70 tahun depan.

Malaysia Perlu Pelan Perniagaan Lima Tahun Untuk Kembalikan F1 - Presiden FIA

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 5 Okt (Bernama) -- Malaysia masih berpeluang untuk kembali ke kalendar Formula One (F1), namun usaha itu perlu disokong rancangan perniagaan sekurang-kurangnya lima tahun yang merangkumi aspek pembiayaan, promosi dan logistik, kata Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Mohammed Ben Sulayem.

FIA Bersedia Hadapi Gangguan Geopolitik - Ben Sulayem

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) perlu bersedia menghadapi gangguan tidak dijangka termasuk ketidakstabilan geopolitik melalui pengurusan dan penilaian risiko, kata Presidennya Mohammed Ben Sulayem.

KLIA Dijangka Terima Tiga Atau Empat Syarikat Penerbangan Baharu Menjelang Akhir Tahun

SEPANG, 30 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka menerima tiga atau empat syarikat penerbangan baharu menjelang akhir tahun ini, dengan perbincangan mengenainya sudah berada di peringkat lebih tinggi.

Malaysia Perlu Manfaatkan Impak Positif Sukan Permotoran Untuk Bakat, Teknologi - Jazeman Jaafar

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.