BERITA TERKINI   Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin - Wisma Putra | Orkim Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama, tidak berubah pada 92 sen seperti harga IPOnya, dengan 5.40 juta saham diniagakan | Kehadiran Orkim dalam logistik maritim dan pengangkutan tenaga menyokong keselamatan tenaga negara - Amir Hamzah | Keyakinan pelabur yang kukuh dan peluang wujud untuk syarikat yang bersedia memanfaatkan ketelusan, tadbir urus dan pertumbuhan mampan - Amir Hamzah | 

Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " mida"

MIDA Sambut Baik Pelantikan Tengku Zafrul Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.

Pekan Nanas Lokasi Strategik, Berpotensi Sebagai Sokongan JS-SEZ — MITI

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat Pekan Nanas, Johor, sebagai lokasi strategik dalam lingkungan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), selain berpotensi tinggi menjadi kawasan sokongan pembangunan zon berkenaan.

PM Anwar Umum Jawatan Baharu Tengku Zafrul Pada 3 Disember

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa esok, akan diberikan jawatan baharu.

Polyplas Rasmi Kilang Berteknologi Tinggi Bernilai RM74 Juta Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Polyplas Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar acuan dengan suntikan ketepatan Malaysia dan subsidiari utama Ge-Shen Corporation Bhd, telah melancarkan kilang berteknologi tinggi di Pulau Pinang pada 21 Nov lepas untuk mengukuhkan kehadiran strategiknya dalam sektor perkilangan negara.

Selangor Laksana Projek Pelaburan Lebih RM5 Bilion Hasil Promosi Perdana Menteri Di Luar Negara

SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Sebanyak sembilan projek pelaburan bernilai RM5.52 bilion telah dilaksanakan di Selangor hasil promosi luar negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Oktober lepas.

PTM Labur RM2.6 Bilion Bina Kilang Pengeluaran Tayar Mesra Alam Di Kedah Rubber City

ALOR SETAR, 18 Nov (Bernama) -- Prinx Tire (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) akan melaksanakan pelaburan kumulatif berjumlah RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Terap, dekat sini.

Malaysia Tarik RM285.2 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada 9 Bulan Pertama 2025 -- MIDA

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia telah menarik sebanyak RM285.2 bilion dalam pelaburan diluluskan dari Januari hingga September 2025 (9B 2025), peningkatan 13.2 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh yang sama pada 2024. 

Johor Catat Pelaburan Komited Tertinggi RM91.1 Bilion Sehingga Suku Ketiga 2025 - Exco

ISKANDAR PUTERI, 18 Nov (Bernama) -- Johor terus mencatatkan jumlah pelaburan komited tertinggi sebanyak RM91.1 bilion sehingga suku ketiga 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.

Lawatan PM Anwar Ke Tiga Negara Afrika Fokus Kerjasama Ekonomi, Pelaburan

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.

Wilayah Tengah Kekal Kukuh Hasil Penyelarasan, Kerjasama, Infrastruktur Berkualiti -- MIDA

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kekuatan sektor perindustrian di wilayah tengah bukan sahaja bergantung kepada infrastruktur fizikal tetapi juga hasil kerjasama rapat antara kerajaan, pelabur dan pemain industri, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 

MIDA: Kluster Perindustrian Wilayah Tengah Dijangka Sumbang RM24.5 Bilion Kepada KDNK Tahunan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Inisiatif Pembangunan Kluster Perindustrian Wilayah Tengah diunjurkan menyumbang sebanyak RM24.5 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).