Industri OGSE Perlu Terima Pakai Teknologi, Digitalisasi Dan Sumber Tenaga Baharu
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu menerima pakai teknologi, digitalisasi serta sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) walaupun berdepan cabaran dalam peralihan tenaga.