SP Setia Kemuka Makumat Nota Islam RM3.5 Bilion, Program ICP RM500 Juta Kepada SC
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- SP Setia Bhd (SP Setia) telah mengemukakan maklumat program terbitan nota Islam sehingga RM3.5 bilion dan program kertas komersial Islam (ICP) sehingga RM500 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah rangka kerja penyerahan dan pelancaran.