Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " pembiayaan mikro"

GX Bank, CGC Digital Tawar Akses Kredit Sehingga RM150,000 Kepada PMKS

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bank digital GX Bank Bhd dan CGC Digital telah menjalinkan kerjasama strategik untuk menawarkan jaminan digital bagi akses kredit sehingga RM150,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Inisiatif Pembiayaan Mikro Madani Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Harungi Ketidaktentuan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Inisiatif pembiayaan mikro oleh Kerajaan MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia ketika tempoh ketidaktentuan geopolitik dengan mengekalkan mudah tunai dan menyokong aktiviti ekonomi domestik, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Tumpuan Kerajaan Kepada Reformasi Perkukuh Momentum Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal  yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan MADANI Sedia Pembiayaan Mikro Lebih RM5 Bilion Untuk Peniaga Kecil Dan Usahawan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun ini yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro di seluruh negara menerusi pinjaman sehingga RM100,000, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MyCIF Dapat Tambahan RM20 Juta, Jumlah Peruntukan Cecah RM50 Juta Pada 2026 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), sebagai tambahan kepada RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan pada tahun ini sebanyak RM50 juta.