Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian " pempamer"

Sasaran IGEM 2026 Jana Potensi Perniagaan RM22.5 Bilion Mampu Dicapai -- Arthur

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2026 bermula hari ini hingga 9 Oktober, dijangka mampu mencapai sasaran potensi perniagaan bernilai RM22.5 bilion berbanding RM5.5 bilion yang disasarkan pada tahun lepas.

Jualan MIHAS 2026 Melonjak 12 Peratus Kepada RM6.78 Bilion - MATRADE

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- MIHAS 2026 mencatat prestasi kukuh sepanjang empat hari penganjurannya dari 23 hingga 26 September 2026, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak RM6.78 bilion, peningkatan RM730 juta atau 12.0 peratus berbanding RM6.05 bilion pada 2025.  

Pakistan Rancang Bawa Pemain Tekstil, Perbankan Islam Ke MIHAS 2027

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Sept  (Bernama) -- Pakistan merancang membawa syarikat swasta daripada sektor tekstil dan perbankan Islam untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2027.

MIHAS 2026 Jadi Platform Praktikal Hubungkan Usahawan Malaysia, China - MEEDC

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang sedang berlangsung merupakan platform praktikal untuk menghubungkan usahawan Malaysia dan China, dengan produk berasaskan durian dari Perak dilihat berpotensi besar menembusi pasaran China.

MIHAS 2026 Hampiri Sasaran 50,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50,000 pengunjung apabila memasuki hari ketiga dengan momentum memberangsangkan hari ini.

Syarikat Digital Malaysia Bersedia Bersaing Di Peringkat Global -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Syarikat berasaskan teknologi dan digital Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat global dan penyertaan dalam Ekspo Perdagangan Digital Global ke-5 (GDTE) merupakan satu langkah ke hadapan bagi memanfaatkan ekonomi digital China yang luas.

Pavilion Libya Di MIHAS 2026 Bakal Pacu Perdagangan Malaysia-Libya -- MATRADE

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pembukaan Pavilion Libya pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) dijangka membuka peluang baharu bagi perniagaan Malaysia dan Libya untuk mengembangkan perdagangan masing-masing. 

China Sasar Peradagangan Halal Yang Lebih Kukuh Dengan Malaysia

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pavilion China di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 berhasrat untuk mengukuhkan perdagangan halal Malaysia-China dengan meluaskan hubungan perniagaan dan meneroka peluang merentasi rantaian bekalan halal.

Penyertaan Sulung Libya Dalam MIHAS 2026 Bakal Rancakkan Dagangan Dua Hala Dengan Malaysia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Penyertaan sulung Libya dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 bertujuan meningkatkan perdagangan dua hala di antara Libya dengan Malaysia, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Am Pameran dan Persidangan Libya Essam Al-Aoul.

Afrika Muncul Sebagai Pasaran Pertumbuhan Penting Bagi Perdagangan Halal

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Afrika muncul sebagai pasaran pertumbuhan penting bagi industri halal global sekali gus menawarkan peluang yang meluas kepada pengeksport Malaysia dalam pelbagai kategori produk pengguna.

MIHAS 2026 Sasar Jana Potensi Perniagaan Lebih RM5 Bilion, Perluas Eksport Halal

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 edisi ke-22 tahun ini disasarkan menjana potensi perniagaan melebihi RM5 bilion selain memperluas akses produk halal Malaysia ke pasaran antarabangsa.

MIHAS 2026 Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Dari 45 Negara - MATRADE

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-22 yang akan membuka tirainya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Rabu ini dijangka menarik 50,000 pengunjung dari 45 negara.