BERITA TERKINI   Petronas mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah dijamin tersedia sehingga akhir Jun 2026 | 

Terdapat 59 berita berdasarkan kata kunci carian " perbankan"

Bank Rakyat Perlu Teroka Peluang Baharu, Perkukuh Peranan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) perlu meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hong Leong Bank Bersedia Bantu Pelanggan Terjejas Susulan Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd dan HLB Islamic Bank Bhd bersedia membantu pelanggan yang berdepan tekanan kewangan susulan situasi semasa di Asia Barat.

Salihin Group Jalin Kerjasama Strategik Untuk Teroka Pasaran Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Salihin Group telah menjalin kerjasama dengan Danawa Resources Sdn Bhd, Rahman Rohaida Advocates and Solicitors dan Neurogine Sdn Bhd untuk menembusi pasaran Sarawak, pada masa sama menggunakannya sebagai batu loncatan untuk pengembangan serantau dan global yang lebih luas.

Ringgit Mengukuh, Aliran Masuk Sokong Daya Tahan Pasaran Bon Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran bon Malaysia terus menunjukkan daya tahan dalam persekitaran ketidaktentuan global, disokong oleh pengukuhan ringgit dan aliran masuk asing yang mampan, menurut CIMB Treasury and Markets Research.

Fasa Rintis MHIT Menangani Jurang Struktur Sektor Insurans, Takaful -- Liew

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Industri insurans dan takaful Malaysia dijangka dapat menangani sebarang jurang struktur menerusi pelaksanaan fasa rintis inisiatif Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang dijadual pada separuh kedua 2026.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB. 

Rozali Ismail Lepas Jawatan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Perbankan Islam Malaysia Kekal Berdaya Tahan Meski Ketidaktentuan Asia Barat – AIBIM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri perbankan Islam Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, meskipun wujud ketidaktentuan di Asia Barat, menurut Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Bank Muamalat Tawar Bantuan Ketahanan Kewangan Sementara Kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menawarkan bantuan kewangan bersasar bagi menyokong pelanggan yang berdepan tekanan kewangan sementara susulan ketidaktentuan global, termasuk perkembangan terkini di Asia Barat.

Maybank Sedia Bantu Pelanggan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Geopolitik Semasa

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Maybank kekal bersedia menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa dengan bantuan kewangan yang tersedia serta boleh diakses melalui pelbagai saluran.

Keuntungan Bersih 2026 AEON Credit Melonjak Kepada RM385.88 Juta, Umum Dividen 17.75 Sen

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Credit Service (M) Bhd, melonjak kepada RM385.88 juta dalam tahun kewangan berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM370.61 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2025.