1hari ago
BANGKOK, 6 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang memperingkatkan usaha untuk mengembangkan jejak francaisnya di Thailand dengan Perbadanan Nasional Bhd (Pernas), menyasarkan potensi jualan sebanyak RM30 juta melalui penyertaannya dalam pameran Francais dan Peluang Perniagaan Thailand (TFBO) 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Peralihan tenaga harus dimanfaatkan sebagai pemangkin untuk penstrukturan semula ekonomi yang lebih luas dengan bidang tumpuan strategik termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pusat data untuk meningkatkan produktiviti dan memperkukuh prospek ekonomi negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia memerlukan hala tuju dasar dan kawal selia yang jelas untuk mengekalkan keyakinan pelabur dan menyokong agenda peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Hari kedua Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) Tenaga Nasional Bhd (TNB), menjadi detik penting apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan persidangan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen Malaysia untuk membangunkan ekosistem tenaga yang lestari, berdaya tahan dan bersedia menghadapi keperluan masa depan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- AirAsia X menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa operasi AirAsia Filipina telah digantung.
4hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah, Maizatul Jamny Muhammad Rosli & Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa walaupun pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) menawarkan banyak peluang untuk memacu usaha peralihan tenaga, ia tidak boleh mengatasi aspirasi kelestarian negara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam Global Islamic Economy Indicator (GIEI), berada di tempat pertama keseluruhan dan menerajui tiga daripada enam sektor iaitu makanan halal, kewangan Islam termasuk farmaseutikal serta kosmetik halal, kata firma penyelidikan DinarStandard.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuka tirai hari ini dengan momentum yang memberangsangkan.
9hari ago
PADANG BESAR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan yakin pembangunan Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) di sini akan menyumbang secara signifikan kepada sasaran perdagangan dua hala Malaysia-Thailand, yang diunjurkan mencecah US$30 bilion menjelang tahun depan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ENERtec Asia 2026 menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk pelaburan tenaga bersih, teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
9hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia mengunjurkan harga minyak mentah Brent akan kekal tinggi dalam tempoh terdekat sebelum kembali mereda dengan mencatatkan purata US$86 (US$1 = RM3.96) setong pada 2026 dan US$70 setong pada 2027.
9hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, mencapai paras tertinggi baharu pada 2026, kata peniaga.