12jam ago
PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Prasarana Malaysia akan melancarkan platform digital khusus, iaitu Vendor ESG (alam sekitar, sosial dan tadbir urus) Hub, bagi menyokong lebih 5,000 vendor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Prasarana dalam mendapatkan latihan, peralatan dan sumber berkaitan amalan kemampanan.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bekerjasama dengan Bursa Malaysia Bhd bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk melaksanakan amalan lestari dan memajukan perjalanan mereka ke arah pengurangan karbon.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Kemboja Malaysia (MCBA) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 20 persatuan tempatan Malaysia bagi meneroka pasaran luar negara, bermula dengan Kemboja.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), menandatangani 11 Surat Niat (LOI) dengan pelbagai industri dan syarikat Iran pada Pameran Export Potential of Iran (Iran Expo 2025) ketujuh yang berlangsung di negara itu baru-baru ini.
7hari ago
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pendigitalan meningkatkan pembangunan perniagaan tradisional dan meluaskan jangkauan global untuk usahawan tempatan, menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
10hari ago
SINGAPURA, 6 Mei (Bernama) -- Kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Singapura menunjukkan minat ketara terhadap Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk peluang beralih atau mengembangkan perniagaan di kawasan berkenaan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Boost Bank berjaya mencatat kejayaan ketara dalam usaha menjadi bank digital tempatan pertama di Malaysia, dengan hampir RM150 juta pembiayaan disalurkan kepada ratusan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
11hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) khusus untuk membantu pengeksport Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terjejas susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan pinjaman.
16hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.