34minit ago
Oleh Farhana Poniman
GEORGE TOWN, 19 April (Bernama) -- Walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat, kitaran kenaikan industri semikonduktor global yang berterusan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang sehingga 2026.
19jam ago
KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Program Agrobank Upward Migration (AUM) terus memperkasakan usahawan tempatan apabila peserta dari Kelantan mencatat peningkatan jumlah jualan melebihi RM6 juta, sekali gus mencerminkan pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan hasil bimbingan dan sokongan berterusan Agrobank.
19jam ago
KUANTAN, 18 April (Bernama) -- Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) – Program Pelaburan Nasional (NIP) anjuran Bursa Malaysia akan meningkatkan literasi pelabur dan menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang dengan menggalakkan penyertaan yang lebih berasaskan maklumat dalam pasaran modal, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran untuk memastikan laluan strategik Selat Hormuz kekal dibuka adalah langkah yang baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd sedang meneroka semula peranan minyak sawit dalam ekonomi masa depan Malaysia, dipacu kecanggihan teknologi, dengan menilai produk sampingan minyak sawit sebagai sumber strategik dan bukan lagi sisa tradisional.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) merancang untuk memperluas inisiatif pembayaran tanpa tunai ke lebih banyak institusi pengajian tinggi dengan kerjasama universiti dan majlis perwakilan pelajar.
4hari ago
IPOH, 15 April (Bernama) -- WEIL Hotel diiktiraf secara rasmi oleh the Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori hotel pertama di Malaysia yang menerapkan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bertauliah, sekali gus melakar pencapaian signifikan dalam landskap industri hospitaliti tanah air.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) menyasarkan untuk mengenal pasti 10 syarikat semikonduktor terbaik bagi menyertai tahun pertama program SemiconStart Malaysia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpukan pemerkasaan strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditengah-tengah ketidakstabilan geopolitik khususnya di Asia Barat.
4hari ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Biodiesel B100 berasaskan sawit berpotensi menjadi alternatif strategik dalam memperkukuh keterjaminan tenaga negara khususnya dalam mengharungi ketidaktentuan bekalan bahan api global, kata Ketua Pegawai Eksekutif FGV Biotechnologies Sdn Bhd, Roziyatulshima Zamil.