Inflasi Keseluruhan Suku Pertama Naik Kepada 1.6 Peratus, Inflasi Teras Susut Kepada 2.1 Peratus
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat kepada 1.6 peratus pada suku pertama 2026 (S1 2026) daripada 1.3 peratus pada suku keempat 2025, manakala inflasi teras susut sedikit kepada 2.1 peratus berbanding 2.3 peratus sebelumnya, kata Bank Negara Malaysia (BNM).