Terdapat 89 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor pembuatan"

Belanjawan 2027 Perlu Tumpu Hasil Pelaburan Teknologi, Produktiviti Jangka Panjang - Epicor

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu menumpukan aspek bagi memastikan pelaburan dalam teknologi berupaya memberi manfaat dari segi produktiviti, kualiti serta daya tahan rantaian bekalan dan tidak setakat menggalakkan pengilang menggunapakai teknologi baharu, menurut syarikat teknologi Epicor.

Malaysia Masih Ketinggalan Untuk Capai Sasaran 3,000 Kilang Pintar Menjelang 2030 - Sim

GEORGE TOWN, 2 Okt (Bernama) -- Malaysia masih jauh daripada mencapai sasaran untuk mengubah 3,000 pengilang menjadi kilang pintar menjelang 2030, dan setakat ini hanya 93 daripadanya berjaya melengkapkan transformasi tersebut. 

Pengilang AS Alih Sumber Input Dari China Ke Malaysia Susulan Tarif - AMCHAM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pengilang Amerika Syarikat (AS) yang beroperasi di Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap input dari China dan semakin meningkatkan sumber bekalan dari Malaysia susulan pelaksanaan tarif AS, menurut Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Malaysia, Singapura Teroka Usaha Menarik Pelaburan Dalam JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura sedang meneroka kaedah untuk menarik pelabur dari negara ketiga ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sekali gus memperkukuh zon itu sebagai hab pelaburan dan eksport serantau.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2026 Diunjur 5.4 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh - RHB IB 

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Malaysia Antara Lima 'Fabulous Five’ ASEAN Dijangka Tarik Banyak FDI - Ahli Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia antara lima ekonomi ASEAN yang berpotensi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kekuatan masing-masing dalam sektor pembuatan dan infrastruktur digital.

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.1 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Lonjakan AI Letakkan Malaysia Antara Enam Ekonomi APAC Atasi China - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia merupakan antara enam ekonomi utama Asia Pasifik (APAC) yang dijangka mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar lebih pantas berbanding China pada 2026, menurut Moody’s Analytics.

LB Group Perluas Operasi Di Malaysia Dengan Kemudahan Bernilai RM1 Bilion Di Kedah

KUALA LUMPUR, 24 Sept  (Bernama) -- LB Group Co Ltd, pengeluar titanium dioksida dan bahan kimia bukan organik yang berpangkalan di China, memperluas operasinya di Malaysia dengan melancarkan kemudahan baharu di Gurun Heavy Industrial Park (GHIP) di Kedah, yang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion.

KDNK Malaysia Bagi 2026 Diunjur 5.7 Peratus Dipacu Pembuatan, Pelaburan Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkemungkinan tumbuh purata 5.7 peratus pada 2026 yang melangkaui unjuran rasmi, dipacu oleh sektor pembuatan, pembinaan dan pelaburan, kata dua ahli ekonomi.

ADB Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Bagi 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan 2027 masing-masing kepada 4.9 peratus dan 4.7 peratus.