Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS Perkukuh Hubungan Ekonomi, Pertingkat Akses Pasaran
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat mengesahkan semula hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara dan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan kongsi utama Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara serta membuka peluang baharu untuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan inovasi, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM).