6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Harga minyak menurun di bawah paras US$100 setong selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran kepada Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.
10hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan susulan pasaran menjangkakan bank pusat kekal memperketat dasar berikutan peningkatan inflasi dipacu krisis tenaga global.
18hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat.
18hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot pada Khamis susulan peningkatan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merancang operasi taktikal amfibia berhampiran Pulau Kharg, sebuah hab utama bagi eksport minyak mentah Iran.
20hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sekumpulan mata wang utama pada hari Rabu susulan sentimen risiko bertambah baik berikutan rundingan gencatan senjata berpotensi diadakan antara Amerika Syarikat dan Iran.
20hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati akibat ketidakpastian yang meningkat susulan perang yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat(AS)-Israel dan Iran, yang memberi kesan kepada sentimen pasaran.
21hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen risiko global bertambah baik selepas Presiden AS Donald Trump memberi petunjuk bahawa konflik Asia Barat mereda.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Harga emas yang kini sedamg ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.
24hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan disebabkan pelabur terus memantau ketidakpastian dalam pergerakan harga minyak mentah.
25hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini ketika pasaran menunggu keputusan daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat berserta dengan penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila laporan mengenai beberapa kapal dibenarkan melalui Selat Hormuz dengan selamat telah mengurangkan permintaan terhadap mata wang selamat.