THMY Holdings Naik 158 Peratus Melebihi Harga IPO Ketika Mula Disenarai Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan ujian THMY Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan premium kukuh sebanyak 158 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 31 sen.