BERITA TERKINI   Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan - Polis | Seramai 9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan - Polis | Kebakaran di Sandakan: 1,000 buah rumah dianggarkan terlibat setakat ini - Bomba | Pembaikan lokasi runtuhan tembok penahan di Jalan Abang Haji Openg, TTDI dijangka ambil masa dua hari - Hannah | Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah selaras bantuan asas, penempatan sementara kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan - PM Anwar | 

Terdapat 101 berita berdasarkan kata kunci carian " untung"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Stabil Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami penstabilan dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, di tengah-tengah bekalan yang mencukupi dan penyederhanaan harga tenaga.

Bursa Malaysia Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan Disokong Ketegangan Geopolitik Mereda

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Bursa Malaysia Kembali Kukuh Susulan Harapan Ketegangan AS-Iran Semakin Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali mengukuh selepas penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong persekitaran global yang lebih stabil susulan peningkatan harapan terhadap penyelesaian ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran menerusi rundingan semula.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Khamis bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan menjejaki petunjuk daripada prstasi Wall Street.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Diseret Turun Oleh Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah selepas mencatatkan kenaikan awal pada Rabu, ekoran berlakunya pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Di Sebalik Harapan Ketegangan Asia Barat Akan Reda

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan dalam pasaran serantau dalam persekitaran optimisme mengenai ketegangan di Asia Barat berpotensi akan reda.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Optimisme Terhadap Rundingan Damai AS-Iran

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi ketika mengakhiri dagangan pada Selasa, seiring dengan kenaikan yang dicatatkan pasaran serantau, apabila sentimen bertambah baik susulan optimisme terhadap potensi rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.