5hari ago
PETALING JAYA, 17 Julai (Bernama) -- MBSB Bank Bhd hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi di seluruh Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 bilion.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Wilayah Utara merekodkan pelaburan diluluskan berjumlah RM9.4 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 melibatkan 295 projek merentasi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama, yang berpotensi mewujudkan 10,966 peluang pekerjaan baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin.
29hari ago
BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.
1bulan ago
KEPALA BATAS, 20 Jun (Bernama) -- SP Setia Bhd melakar satu lagi pencapaian dengan memulakan pembangunan Setia Fontaines Industrial Park di Bertam menerusi majlis pecah tanah hari ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan perindustrian yang bersedia untuk masa hadapan.
1bulan ago
ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.