2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
2hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil.
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila sentimen pasaran masih berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mei.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ketahanan permintaan domestik serta tekanan inflasi yang masih terkawal dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus sepanjang 2026, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$130.6 bilion setakat 29 Mei 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
12hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Pemain industri tenaga Malaysia perlu fokus kepada membangunkan lebih banyak projek yang berdaya maju dengan pulangan menarik dan mampan bagi memperkukuh landskap pembiayaan peralihan tenaga negara dan menarik penyertaan pelabur yang lebih tinggi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- RHB Bank mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 14.2 peratus kepada RM856.75 juta dalam suku pertama tahun kewangan 2026 berakhir pada 31 Mac, 2026 daripada RM750.03 juta setahun lepas, disokong oleh pendapatan bukan berasaskan pembiayaan, pendapatan pembiayaan bersih dan elaun kerugian kredit yang lebih rendah.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$129.73 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026.
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Komitmen kewangan berkaitan dengan kad kredit, kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dan pembiayaan peribadi kini menjadi kelaziman dalam kalangan peminjam berpendapatan sederhana, menekankan keperluan terhadap tahap celik kewangan yang lebih kukuh dan amalan pinjaman yang bertanggungjawab, menurut firma perunding kewangan Bluebricks Holding Sdn Bhd.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd menjangkakan proses pengambilalihan Labuan Reinsurance (L) Ltd (Labuan Re) dapat diselesaikan menjelang suku keempat 2026.