Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian "diesel"

Krisis Bekalan Akan Naikkan Kos Melebihi Harga Minyak - Hassan Marican

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Mandat Biodiesel B15 Kurangkan Kebergantungan Pada Pasaran Eksport

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Langkah meningkatkan mandat biodiesel daripada 10 peratus kepada 15 peratus akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap pasaran eksport, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan kukuh hari ini, disokong aktiviti belian berterusan saham wajaran tinggi, khususnya kaunter produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.

Konflik Asia Barat Kurang Jejaskan Harga Komoditi Makanan Global - Bank Dunia

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bank Dunia menjangkakan impak konflik Asia Barat terhadap harga komoditi makanan global pada 2026 dan 2027 adalah kecil berbanding tahap awal konflik Rusia-Ukraine, bersandarkan andaian bahawa asas gangguan bekalan di Asia Barat akan mereda menjelang pertengahan tahun ini.

Pelaksanaan B15 Di Semenanjung Pada 1 Jun Tidak Jejaskan Eksport Minyak Sawit Negara - Noraini

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan biodiesel B15 yang akan bermula di seluruh semenanjung pada 1 Jun ini dijangka memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan jumlah eksport minyak sawit negara.

Rantaian Logistik Agrikomoditi Ditambah Baik Melalui Kerjasama KPK, KPDN -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Rantaian logistik sektor agrikomoditi negara akan ditambah baik melalui kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), susulan impak krisis bekalan global terhadap sektor berkenaan.

Impak Krisis Bekalan Global Dijangka Lebih Ketara Pada Suku Ketiga, Intervensi Kerajaan Pastikan Rakyat Tidak Terkesan

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.9 Peratus Pada April 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Inflasi Malaysia seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.9 peratus pada April 2026 dengan mata indeks menokok kepada 136.9 daripada 134.3 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Harga MSM Dijangka Kekal Sekitar RM4,400 Setan Pada Jun 2026 - MPOC

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sekitar RM4,400 satu tan pada Jun 2026, disokong oleh dasar biobahan api global, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).