50minit ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menyusut sebanyak 8.8 peratus kepada 18,515 tan pada April 2026 daripada 20,310 tan pada Mac 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Peniaga menjangka prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan petunjuk keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada 4.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia pada April 2026 meningkat 2.5 peratus bulan ke bulan kepada 159.2 mata daripada 155.3 mata pada Mac 2026, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam indeks bahan api mineral, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 88.9 peratus kepada jumlah eksport Malaysia pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 5.4 peratus pada April 2026 berbanding 1.1 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan tertinggi sejak Ogos 2022, terutamanya didorong oleh harga produk berkaitan petroleum dan minyak mentah yang lebih tinggi, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung mencatat peningkatan kecil pada minggu depan susulan penyusutan baru-baru ini ketika aktiviti belian saham berharga rendah serta peningkatan sentimen pelabur menyokong saham wajaran tinggi terpilih.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila peserta pasaran menunggu perkembangan lanjut berkaitan dengan rundingan Asia Barat antara AS dan Iran.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Inflasi Malaysia seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.9 peratus pada April 2026 dengan mata indeks menokok kepada 136.9 daripada 134.3 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).