Terdapat 400 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Krisis Asia Barat Dorong Kerajaan Nilai Semula Subsidi Agar Lebih Bersasar - Pakar Ekonomi

BANGI, 7 April (Bernama) -- Kesan semasa daripada krisis Asia Barat telah mendorong kerajaan menilai semula pendekatan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) sedia ada bagi memastikannya benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, kata pakar ekonomi.

Konflik Asia Barat Dijangka Perkukuh Integrasi Ekonomi ASEAN, Serantau -- Pakar

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat dijangka mempercepatkan integrasi ekonomi di seluruh Asia Timur, Asia Barat dan Asia Tenggara, dengan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk menerima manfaat dalam rangka kerja ASEAN, kata seorang pakar.  

Binastra, Eco-Shop, Kelington Antara Syarikat Pilihan Utama Pelaburan ESG 2026 - RHB IB

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.

Pelabuhan Labuan Perkukuh Peranan Sebagai Hab Sokongan Minyak Dan Gas

LABUAN, 7 April (Bernama) -- Pelabuhan Labuan terus memainkan peranan strategik sebagai hab sokongan industri, khususnya untuk sektor minyak dan gas, dengan kira-kira 70 peratus aktiviti kargonya terkait dengan industri itu.

Bekalan Tenaga Malaysia Mencukupi Sekurang-kurangnya Sehingga Jun -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) --  Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Mampu Tangani Ketidaktentuan Global Susulan Asas Ekonomi Kukuh

BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.

Peralihan Strategik Dalam Strategi Tenaga Amat Penting Dalam Gangguan Global - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat peralihannya ke arah strategi tenaga jangka panjang yang lebih mampan, pelbagai dan cekap dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Konflik Asia Barat: Peringatan Kritikal Perkukuh Kedaulatan Tenaga Malaysia - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Peningkatan kos import petroleum dan gangguan logistik global ekoran konflik Asia Barat yang mengancam kadar inflasi serta kestabilan fiskal jangka panjang negara menjadi peringatan bagi Malaysia untuk memperkukuh kedaulatan tenaga melalui kepelbagaian sumber tempatan.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Kukuh Dalam Kalangan Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa, namun mengukuh berbanding mata wang utama lain, ketika sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz.

MIGHT, PNSB Meterai MoC Pacu Industri Berteknologi Tinggi Di Selangor

SHAH ALAM, 6 April (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini memeterai memorandum kolaborasi (MoC) bagi merancakkan pembangunan industri berteknologi tinggi serta menarik pelaburan strategik di Selangor.

Konflik Asia Barat Cetus Keutamaan Untuk Kekal Trafik Secara Tempatan. Kata MyIX

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ketidaktentuan di Asia Barat telah mengukuhkan keperluan untuk Malaysia mengekalkan trafik internet tempatan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap daya tahan sambungan antarabangsa dan risiko gangguan luaran terhadap infrastruktur digital yang kritikal, kata Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin.

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Harapan Gencatan Senjata Di Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen optimis mengenai kemungkinan   gencatan senjata Asia Barat terus memulihkan minat terhadap risiko.